Ciri-Ciri Buku Teks dan KSSM dan KBSM dan perbandingannya

Ciri-Ciri Buku Teks dan KSSM dan KBSM dan perbandingannya

KSSM ialah Kurikulum Standard Sekolah Menengah iaitu Kurikulum bagi persekolahan yang digunakan oleh setiap sekolah menengah di Malaysia. KBSM pula merujuk kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. KSSM ini telah menggantikan sistem KBSM pada tahun 2017. Pelaksanaan KSSM ini juga dijalankan secara berperingkat yang bermula pada tingkatan satu pada tahun tersebut. Sistem KSSM boleh dikatakan sistem yang telah dinaiktaraf selepas sistem KBSM ini. KSSM ini juga telah dilaksanakan dengan mengambil kira matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada tahun 2013-2025. Oleh itu, terhasilnya KSSM selepas penyemakan semula KBSM. Melalui KSSM ini juga kandungan buku teks telah di naiktaraf untuk diselaraskan dengan cara pemikiran abad ke-21.

Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) ialah Kurikulum sebelum wujudnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kurikulum tersebut telah dijalankan pada tahun 1989 dan telah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu sekolah menengah pada tahun 1998. Penggubalan KBSM ini adalah berdasarkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan seorang insan yang seimbang dari setiap aspek berlandaskan kepercayaan kepada Tuhan. Selaras dengan itu juga, melalui penambahbaikkan ini juga dapat melahirkan warganegara yang berfikiran aras tinggi seperti kritis dan inovatif seiring dengan kemajuan negara dengan teknologi yang semakin canggih. Melalui kandungan KSSM ini juga dapat memegang hasrat agar pelajar dapat mengambil nilai-nilai yang baik untuk diamalkan di dalam kehidupan serta dapat menyumbang kepada kemajuan negara dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan dan berfikiran tinggi.

Ciri-Ciri Buku Teks KSSM

Secara umumnya dapat dilihat, terdapat beberapa ciri-ciri di dalam buku teks KSSM iaitu ciri penulisan buku yang menekankan tiga domain utama di dalam Pendidikan Moral. Antara tiga domain utama tersebut ialah Penaakulan moral, emosi moral dan pelakuan moral. Di dalam buku KSSM ini telah menerapkan ketiga-tiga domain tersebut di dalam bentuk latihan pengukuhan dan aktiviti mengikut kesesuaian di dalam topik tersebut.

Seterusnya, buku teks KSSM pendidikan moral ini juga dirangka berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) di dalam Pendidikan Moral. Kandungan di dalam buku KSSM ini berlandaskan dengan matlamat bagi melahirkan sebuah insan yang berakhlak mulia dan menyumbang kepada diri, masyarakat dan keluarga.

Selain itu, ciri di dalam buku teks KSSM Pendidikan Moral juga lebih difokuskan kepada tiga bidang iaitu bidang 5: Insan Bermoral, Bidang 6: Jati Diri Bermoral dan bidang 7: Moral dan Kenegaraan. Bidang-bidang tersebut ialah bidang yang bersambung dengan empat bidang semasa di tingkatan 1, 2 dan 3. Bidang ini lebih berfokus dapat memberi kefahaman kepada murid dengan lebih jelas.

Ciri yang lain ialah pembahagian unit. Di dalam buku KSSM Pendidikan Moral ini juga telah dibahagikan kepada enam bahagian di mana terdiri daripada rangsangan, pengukuhan, konsep, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Pembahagian unit ini adalah untuk memudahkan guru untuk merangka proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Bahagian rangsangan ialah bidang dan unit di dalam buku KSSM Pendidikan Moral akan dimulakan dengan halaman rangsangan.

Ciri yang seterusnya ialah menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran ini merupakan kemahiran yang diperlukan oleh setiap murid agar dapat berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah dengan bijak. Kemahiran ini juga termasuk juga kemahiran untuk menganalisis, menilai dan mengaplikasi.

Di dalam buku teks KSSM Pendidikan Moral ini turut dimasukkan Elemen Merentas Kurikulum (EMK). EMK ini merupakan suatu unsur nilai tambah yang diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang selain daripada standard kandungan yang telah ditetapkan. Melalui elemen ini dapat memantapkan dan mengukuhkan lagi kemahiran bagi melahirkan modal insan negara seperti mana yang dihasratkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menangani cabaran masa hadapan.

Perbandingan antara KSSM dan KBSM

Perbandingan pertama ialah dari segi reka bentuk kurikulum. Di mana di dalam KBSM Kerangka Kurikulum adalah berdasarkan dengan tiga bidang iaitu dari segi Komunikasi, Manusia dan Alam Sekeliling dan Perkembangan Diri Individu. KBSM dari reka bentuk kurikulumnya juga adalah berdasarkan daripada hasil pembelajaran yang akan diperolehi. Manakala bagi KSSM pula keranga kurikulum telah ditambah menjadi 6 tunjang utama di dalam pendidikan Moral yang meliputi Komunikasi, Perkembangan Fizikal & Estetika, Kemanusiaan, Keterampilan Diri, Sains dan Teknologi (STEM) serta Kerohanian, sikap dan nilai. KSSM ini pula adalah berdasarkan standard kandungan, pembelajaran dan prestasi.

Seterusnya, kandungan di dalam buku teks KSSM lebih bertepatan seiring dengan pembelajaran abad ke 21 berbanding dengan buku KBSM. Boleh dilihat di dalam kandungan buku KSSM lebih padat dengan pelbagai aktiviti dan maklumat bagi melatih kemahiran berfikir aras tinggi. Contohnya seperti refleksi, info tambahan, dimensi moral. Buku KBSM pula lebih kepada cara penulisan tanpa menerapkan kemahiran berfikiran aras tinggi di dalam kandungan buku tersebut. Kandungan buku KBSM pula hanya ada aktiviti pengukuhan sahaja untuk kefahaman murid. Oleh itu, murid tidak dapat memahami dan mengaplikasikan secara menyeluruh di dalam kehidupan mereka.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan