Perubahan kurikulum Pendidikan Moral dari KBSR sehinggalah kepada KSSM.

Perubahan kurikulum Pendidikan Moral dari KBSR sehinggalah kepada KSSM.

Kurikulum merupakan aspek penting yang diterapkan dalam kalangan pelajar di sekolah yang terdiri daripada sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Melalui kurikulum yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan struktur asas yang penting dilaksanakan khususnya daripada aspek perkembangan umur pelajar yang terdiri daripada 4 peringkat iaitu tabika atau tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan peringkat pengajian tinggi.

 

Sejarah pembangunan kurikulum di Malaysia:

Sebelum Merdeka: 

  1.  Laporan L.J Barnes 1949 
  2. Laporan Fenn-Wu 1951
  3.  Penyata Razak 1956 

 

Selepas Merdeka:

  1. Penyata Rahman Talib
  2. Penyata Mahathir 1979
  3. Falsafah Pendidikan Negara 1988   
  4. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010
  5. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)2013-2025

 

Perubahan kurikulum pendidikan moral semasa peringkat KBSR dapat dilihat bermula semasa penyata Mahathir 1988 yang dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang digunakan bagi menganti Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Melalui pengenalan kepada KBSR yang diperkenalkan turut dapat dilihat adalah sebagai cetusan berterusan daripada objektif Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang mula digubal pada tahun 1988.

            Melalui pengubalan terhadap FPN 1988 dilaksanakan dapat dilihat beberapa aspek pendidikan moral mula diterapkan. Perkara ini, dilihat melalui FPN sendiri yang menerapkan unsur JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dasar FPN ini, menunjukkan maksud yang tersurat dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang berktrampilan mulia, bertanggungjawab dan produktif.

            Penekanan yang dilaksanakan pada KBSR dapat dilihat subjek pendidikan Moral mula diberikan penekanan dengan terbahagi kepada 2 tahap iaitu tahap 1 dan tahap 2. Melalui penekanan 2 tahap tersebut dapat dilihat berlakunya aspek penekanan terhadap kerohanian, nilai dan persekitaran manusia.

            Kemunculan kurikulum standard sekolah rendah KSSR yang dilaksanakan bagi tahun 2011-2035 menunjukkan susunan yang padat dan global terhadap kurikulum yang dibangunkan. Pendekatan yang digunakan dapat dilihat terdiri daripada aspek pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh dan pendidikan saksama untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. 

            Melalui penekanan aspek KSSR yang diperkenalkan menunjukkan aspek ini, menfokuskan kepada kemahiran 4M dalam kalangan pelajar iaitu kemahiran membaca, menulis, menaakul dan mengira. Pada peringkat KSSR dapat dilihat pendidikan moral turut dilaksanakan pada tahap 1 yang dikenali sebagai modul teras asas dan dijadikan sebagai mata pelajaran teras. Peringkat ini, dapat dilihat aspek moral dijadikan sebagai elemen merentas kurikulum.

            Pada peringkat sekolah menengah pula turut menunjukkan berlakunya transformasi kurikulum yang mula diperkenalkan. Transformasi kurikulum yang berlaku adalah dilihat melalui munculnya kurikulum standard sekolah menengah KBSM dan kurikulum standard sekolah menengah KSSM.

            Melalui kemunculan KSSM yang diperkenalkan pada tahun 2020 adalah merupakan Hasrat KPM dalam memberi penekanan terhadap penguasaan kemahiran abad ke-21 dalam aspek pemikiran kreatif, inovatif dan pemikiran kritis. Pengenalan terhadap KSSM oleh pihak KPM menunjukkan berlakunya transformasi dokumen standard kurikulum dan pentaksiran DSKP turut mengalami transformasi.

            Pengenalan kepada dasar KSSM baru menunjukkan mata pelajaran pendidikan moral menjadi subjek teras kepada pelajar sekolah menengah dan diperuntukkan 64 jam minimum dalam masa setahun. Penerapan mata pelajaran pendidikan moral turut dilihat terdapat dalam pelbagai pakej mata pelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang terdiri daripada STEM, Kemanusiaan dan vokasional.

            Melalui perubahan yang berlaku menunjukkan subjek pendidikan moral memainkan peranan yang penting dalam menerapkan unsur nilai-nilai murni yang dapat dipraktikkan dan dapat diaplikasikan oleh pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan