Isu semasa dan cabaran Pendidikan Moral yang berlaku di Malaysia pada masa kini.

 

Keruntuhan akhlak dan etika remaja pada masa kini seolah-olah satu refleksi sebenar tingkahlaku remaja. Tindak-tanduk mereka yang agak liar , ganas memberi gambaran seolah-olah wujud satu penentangan untuk mengenepikan nilai dan norma generasi tua. Banyak kejadian dan kes yang melibatkan remaja berlaku dan banyak mendapat liputan meluas daripada pihak media. Sebagai contoh:

 

·         Kes penyalahgunaan dadah 

·         Kes buli di sekolah

·         Vandalisme

·         Samseng jalanan

·         Kes lumba haram

 

Cabaran:

·         kerajaan perlu melatih lebih ramai pakar kaunseling.Agenda ini dapat dijayakan jika kita mempunyai intervensi yang dapat memberi nasihat dan memantau belia yang berisiko tinggi. 

·         Pengaruh pihak sekolah dimana tekanan juga dihadapi pelajar kerana mengejar kecemerlangan akademik.

·         Layanan guru yang gagal menangani pelajar yang bermasalah, maka pelajar mengambil jalan mudah untuk terbabit dalam kegiatan yang tidak sihat.

·         Dalam soal penguatkuasaan undang-undang, pentadbir sekolah yang menghadapi masalah mendisiplinkan pelajar tertentu hendaklah merujuk masalah tersebut kepada pihak Faktor diri sendiri, keluarga dan masyarakat yang membuatkan peningkatan kes berulang secara mendadak sebanyak 82.68% daripada 1905 kes tahun 2015 kepada 3480 kes tahun 2016. Kes-kes berulang disebabkan oleh penerimaan negatif keluarga dan masyakat terhadap bekas penagih serta kesukaran mereka mendapatkan pekerjaan merupakan faktor kembali berulang kes penagihan. 

·         Pengaruh dari rakan sebaya juga menjadi cabaran untuk remaja bergiat dalam aktiviti yang tidak bermoral.

·         keinginan mencuba sesuatu yang baru dan keinginan kebebasan dalam setiap perkara yang dilakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan